Tuesday, 14 August 2018

Rezeki 2 Awak Yang membaca


Info pertanyaan : www.wasap.my/60166954760/BukuRezeki

Rahsia Asas Rezeki

Ilmu kerahsiaan Asas Rezeki ramai orang tahu tapi bersikap tak nak ambil tahu. Rugi bukan?

Saya sertakan info ringkas dan beberapa testimoni untuk rujukan semua seperti di bawah. Pembaca tinggal fikirkan. Sebelum itu, izinkan Saya Nurul Bazliah bt Masri berkongsi kefahaman soal rezeki.

Dahulu ------ saat hidup di uji kesukaran hidup. Saya hanya pandang rezeki itu bentuk duit. Duit buat hidup jadi senang. Duit boleh beli macam-macam. Duit boleh selesaikan banyak benda. Memanglah duit bukan segalanya. Tapi segalanya di dunia duit sahaja tukarannya.

Sebenarnya saya dan anda tahu ----- Rezeki itu bukan duit/harta sahaja. Rezeki itu luas. Saya tahu hal kebahagiaan, kesihatan, ketenangan hati, boleh buat hal bermanfaat, membuat kebaikan, berilmu pengetahuan, berteman baik itu juga suatu REZEKI. Terlalu luas konsep rezeki.

Habis itu kenapa saya dan anda asyik fikir duit? Sebab dah duit suatu keperluan pada pertukaran urusan hidup dengan manusia.


Bagaimana Buku Rahsia Asas Rezeki dapat beri manfaat pada kita semua? Cuba awak renung dalam-dalam ayat pada gambar?


Jawapan saya "saya akui kata penulis buku. Saya suka membaca. Banyak keluaran buku rezeki saya. Saya juga peserta seminar rezeki. Alhamdulillah saya dah dapat pulangan berganda. Saya bertemu buku ini setelah saya dah berjaya dalam bidang saya sendiri. Sebab buku ini tak di jual di kedai buku. Saya ambil bahagian menjadi pengedar. Saya tak janji bulan bintang. Kalau awak baca buku ini terus dapat apa awak mahu. Saya yakin dan yakin dan yakin... bila awak baca buku ini, kemudian amal dan buat formula ilmu  buku ini...Keyakinan saya pasti Tuhan mengganjari sesuatu pada awak. Kalau awak miliki buku ini pun takkan rugi. Ilmu sangat berbaloi dan tidak boleh di ukur dengan wang ringgit. Seisi keluarga boleh baca"

15 Formula Rahsia Asas



Mungkin awak tengok 15 Formula nampak biasa jeeee. Tak nampak istimewa manapun. Awak tahu jeee...

Cuma....
Cuma....
Cuma....

Saya nak awak cermin ke dalam diri awak.... (saya tanya soalan yang sama pada masa sebelum kejayaan saya.... alhamdulillah kini saya berjaya dalam bidang saya sendiri)

Tanya dalam diri....
Sejauh mana rasa tahu dan kenal itu betul...betul..betul... menyentap rasa diri ini manusia sering mengkufuri nikmat Tuhan beri? Ilmu itu harus kita ulang...ulang...ulang....baca... untuk dapatkan rasa faham.












Ini adalah saya. Ini adalah cerita saya. Saat saya merenung buku ini. Saya suka sangat dengan Surah Ar-Rahman ini. Saat saya di minta oleh sahabat sebelum saya jumpa buku ini. Sebelum saya berjaya seperti hari ini. Saya di minta merenung dan mencermin ke dalam diri melalui ayat ini. Yeeee kalau baca sepatah makna pun saya tak paham. Tapi rasa kesayuan di hati. Jadi saya belajar memahami diri di sebalik terjemahan ayat ini.







Nak baca klik sini



























Sekarang JOM Lihat TESTIMONI PEMBACA BUKU INI




Tuan Zolkie Baki orang pertama merupakan designer buku RAR ini. Semestinya beliau pertama kami membaca bukan?











Testimoni Pembaca dari  INDONESIA
"Merinding" - Meremang Bulu Roma








Jika awak pernah membaca Buku Besar Formula Tarik Rezeki. Awak akan tahu rasa penulisan penulis buku ini. Di bawah saya sertakan gambar buku besar ya. Sabar untuk Scroll.





 Jadilah pemberi manfaat kepada sahabat yang memerlukan.



Harga Buku Ini Mampu Milik. 💞Ilmu tak boleh diukur wang ringgit. Duit itu syarat tukaran bagi ILMU yang kamu mahukan. 💞

✔️Sekolah Rendah perlu Yuran
✔️Sekolah Menengah perlu Yuran
✔️Masuk kolej/universiti perlu Yuran. 
✔️Seminar perlu Yuran

Kalau Mahu Ilmu Rahsia Asas Rezeki perlu Yuran. 

👉 Yuran itu bentuknya DUIT... DUIT...DUIT
👉 Duit itu untuk ditukar balik dengan kelancaran nak beli buku. Nak periksa. Bahan pengajaran. 

👍 Duit beli Buku Rahsia Asas Rezeki cuma RM23.90 (tidak termasuk pos).  15 Formula Ilmu Kupasan Kerahsiaan untuk anda tinggal buat. Hasil pulangan berganda seperti apa kata mereka yang dah pernah amal. 



Ringkasan Info Perbandingan Buku FTR dan RAR

Testimoni FTR


klik sini info lanjut nak.la/RasaKeajaibanRezeki

Testimoni FTR semoga bermanfaat

  
            
                                                                                                                                                                                                                I Buku 1 Keluarga                          




Sekian terima kasih

info pertanya


Monday, 16 July 2018

Kita Tahu! Tapi Sering Lupaka

🤔Kita Tahu! Tapi Sering Lupakan 🤔🙆
Nikmat terbesar adalah nikmat terpilih menjadi orang Islam. Ramai orang Islam tetapi bagaimana memperbaiki iman diri sendiri?🤔
.
Ar-Rahman sifat Allah Yang Maha Pemurah. Buat semua manusia (Islam dan kafir)
Ar-Rahim sifat Allah Yang Maha Pengasih. Khas untuk orang Islam yang BERIMAN SAHAJA.
.
Dalam Surah Ar Rahman ada 31 kali pengulangan "Maka yang manakah nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan".
.
Hidup di atas muka bumi. Paling kita harapkan rezeki berbentuk material. Tipu jika tidak berkehendak pada wang dan kesenangan. Sebab wang juga kita sering komplen dan merungut. Tipu jika tidak pernah terfikir "tak dak wang rasa gelisah". Kesukaran hidup punca utama kekurangan wang. Teringat lagu "bila aku kaya...hari2 hari raya...." lagu kegemaran masa lalu.
.
Kita sangat negatif bila orang bercerita hal #KayaItuIndah🤔 Sakit hati melihat nikmatnya hidup orang lain. Sakit hati melihat bangsa lain menguasai ekonomi. 😬😬
.

Dengan bangga kita mampu berkata orang kafir itu tempatnya neraka. Kita juga belum tentu kompem masuk syurga. Sebab banyak kekufuran dan nikmat Allah kita dustakan. Betul kita tetap akan ke syurga selagi tidak menduakan Allah. Selagi kita yakin Allah Tuhan Yang 1. Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah.
Masih panjang perjalanan menuju syurga. Azab kubur yang menyiksakan. Azab neraka. Perjalanan menuju Masyar. Sedangkan kesukaran hidup dunia pun ada yang bunuh diri. Kita lupa akan keindahan kubur.
Kita sombong dengan ilmu yang di kongsi. Kita tuduh orang kedekut dengan ilmu yang di miliki. Kita pandai cakap ilmu ini milik Allah. Kita pandai cakap pahala akhirat. Kita benci pada orang yang kita nampak dia senang, tapi tak nak kongsi ilmu rahsia kejayaan.
Dunia ini sangat indah. Hadiah Allah untuk manusia. Sebab itu manusia di benci Iblis. Tidakkah kita belajar sirah dari kecil? Tidakkah ibu ayah mengajar kita solat? Solat itu tiang kehidupan.
Saya tidak mengata anda. Itu adalah sifat diri sendiri. Bukan saya tidak bersyukur apa saya ada. Cuma terfikir......... Lalu saya belajar mencari ilmu. Dalam mencari ilmu, banyak kesedaran saya temui. Saya tahu. Cuma kesedaran itu tidak singgah di hati. Jika singgah sebentar sahaja. Tersedar akan sifat Ar-Rahman dan Ar Rahim Allah. Menyentuh hati. Tersentap sanubari. Bila kita usaha cari, Allah s.w.t nilai usaha kita. Betul asalnya kita belajar mencari dunia. Kalau tidak berkehendak pada kesenangan dunia, untuk apa keluarkan wang ringgit. Lebih baik wang yang tidak berapa ada itu guna untuk makan pakai. Wang di keluarkan demi ILMU. Bila ada ILMU kita tidak mudah tertipu. Kita sanggup buang wang demi sklim cepat kaya. Bila kayap kita salahkan takdir. Walhal itu PILIHAN diri. Siapa yang bersalah?
.
Ilmu akhirat banyak percuma di kuliah agama masjid. Kita malas dan tak nak mengejar janji Allah untuk orang Islam. Allah janji dah dengan sifat Ar-Rahim nya. Dunia dan Akhirat milik orang beriman. Kita kena cari. Belajar jadikan dunia ini lebuhraya ke syurga dengan pantas. Benar menuntut ilmu perniagaan. Membaca buku rezeki. Membaca majalah mahupun novel cinta. Tidak semuanya terfokus pada satu sudut. Banyak cabang. Banyak harus difikirkan. Ada ilmu selingan. Ilmu akhirat yang di ajar di kuliah agama masjid. Kita yang gagal memahami. Dalam kita memikirkan, seiiringkan dengan zikir. Zikir itu mengingati Allah. Supaya nafsu diri tidak terpesong terlalu jauh menuju mazmumah.
.
Tersedar juga. Penduduk bumi ini dipenuhi sifat mazmumah. Pasti ada bagi setiap orang pada zaman ini. Pasti ada prasangka buruk bagi setiap orang pada jalan takdir diri. Hidup ini masih rahsia. Izinkan diri sendiri merasai kasih sayang Allah. Belajar untuk ikhlas dan yakin janji Allah. Belajar merasai dengan hati. Pasti akan tersentap sanubari. Niatlah kerana Allah. Mohonlah ditunjukkan jalan yang lurus. Hanya Dia tempat kita minta dan letakkan pengharapan.
.
"Sebaik-baik manusia, manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain".
.
Saya bukan orang baik. Masih banyak mazmumah diri. Saya sedang belajar membaiki iman. Belajar memberi manfaat kepada manusia lain. Apa saya tulis ini juga peringatan untuk diri. Masa depan penuh rahsia. Masih jauh kelana di bumi Allah ini. Banyak fatamogarna
.
Bila kita belajar memahami ilmu. Banyak kesamaan. Bezanya cara dan ilham Allah beri kepada setiap hambaNya sebagai "wakil" untuk sebarkan kasih sayang Nya. Menyampaikan peringatan demi peringatan hidup dunia dan akhirat.
.
Saya tidak sabar membaca Buku Rahsia Asas Rezeki, pasti ada kesedaran di hati. Pasti ada sesuatu saya temui. Ilmu yang dibaca berulang-ulang kali, pasti makin banyak kita fahami. Bila di kosongkan cawan minda. Zikir yang diulang-ulang lagi. Pasti melembutkan hati.
Sekian,
Nurul Bazliah binti Masri
15 July 2018

NAK BERJAYA.... BUANG ALASAN....

Kita selalu cakap NAK BERJAYA 
Macam mana NAK itu NAK ini...
Jika ALASAN MALAS menguasai diri...
NAK KEJAYAAN kena USAHA BERTINDAK...
SOLAT TIANG UTAMA....
AL-QURAN RUJUKAN UTAMA...
SIRAH ibarat panduan untuk kita FIKIRKAN...
ILMU lain PENTING kita BELAJAR..
Orang Islam bukan LEMAH...
CUMA MALAS MEMBACA dan MEMIKIRKAN...
AL-QURAN yang ada BILA KALI TERAKHIR bertemu langsung guru arif untuk TADDABUR????
Bila kali terakhir ikuti sirah nabi di kuliah agama percuma untuk kita fikirkan ??
Kita ini banyak munafik...
Banyak mazmumah diri...
Bahkan solat terbawa kisah duniawi... 😭😭
Allah itu Maha Pengampun Maha Penerima Taubat..
Segerakan TAUBAT...
carilah Ilmu.... Fikirkan....
Dan ILMU dari Buku 111 FORMULA TARIK REZEKI itu mudah paham. Penuh sentapan. Banyak testimoni penuh keinsafan dan kesyukuran. Miliki segera. Semoga menjadi asbab HidayahNya.

Sunday, 4 February 2018

Aku membaca kembali.....

Muhasabah laluku

TUESDAY, 11 OCTOBER 2016


Bila kita renungkan kembali kehidupan kita yang dulu kita sedar kini betapa Allah telah siapkan diri kita untuk kehidupan kita kini.. jika dulu kita tidak perlu bersusah-payah untuk berjuang hidup mungkin kita tidak sekuat kini.. Alhamdulillah... Sungguh !!! Sayang Allah pada hamba-hamba Nya mengatasi segalanya... <3 Jika kini kita merasakan diri sudah cukup kuat maka sesungguhnya kita hari ini sedang di bentuk untuk kehidupan kita yang akan datang... InsyaAllah. Allah lebih tahu.... (Inilah tinta dari sahabat yang Allah hantar untukku bagi menjawab persoalan demi persoalanku. Dahulu aku tidak mengerti. Tapi aku cuba berlapang dada & fikiran. Alhamdulillah kini Allah memberi aku sedikit kefahaman. Ku rasakan inilah pilihanku ingin kembara mencari diri. Sewaktu aku dalam di lema ingin teruskan kejar dunia dalam mengembangkan perniagaan kecil-kecilanku. Aku pilih ingin memulakan pencarianku dalam kembara hidupku.)



>>>>>>> Jika dahulu kita sering tertanya kenapa diuji begini & begitu. Senyumlah sebab di sebaliknya ada Tarbiah dari Allah. Berdoalah agar di beri kekuatan menghadapai setiap ujian dari Nya. Berdoalah agar diberi penyelesaian demi penyelesaian bagi setiap ujian yang hanya tamat bila perpisahan bernama kematian. >>>>>>> Benar kata mereka yang mendahulukan Allah dalam setiap perkara. Untuk merasai paksalah diri & jangan pernah henti DOA agar dikurniakan HIDAYAH dari Allah kerana HIDAYAH HANYA MILIK ALLAH dan terlalu MAHAL. Hanya orang terpilih di pilih Allah. Jadi jangan HAIRAN bila ada manusia yang dahulunya bergelumbang segala dosa & kejahatan, bila mendapat HIDAYAH lihatlah & rasailah bagaimana hamba Allah itu bercerita tentang nikmat Allah. >>>>>>> Buang rasa malu, mulakan kembara kehidupan di universiti ciptaan Allah yang sentiasa ada ujian setiap detik. Jangan malu mengaku katakan pada diri aku sedang menuntut di Universiti Bumi Allah sebelum aku berhijrah ke fasa mahupun level seterusnya iaitu ALAM BARZAKH. Sekat segala bicara makhluk. Teruskan kembara dalam pencarian CINTA AGUNG lagi SEJATI yang KEKAL ABADI iaitu CINTA ALLAH bukan cinta Makhluk




Saturday, 3 February 2018

Benarkah ini aku yang menulis...?

Sememangnya aku yang menulis....

Bila membaca kembali penulisan luahan rasa yang lalu.... akukah itu?
Itulah aku saat aku diuji cerita lalu....

Membaca tulisan lalu...
Ya Tuhannnn ampunkanlah aku....


TUESDAY, 9 AUGUST 2016

Musafir Yang Tersesat
Renungkanlah ke dalam diri mencari makna bagi setiap persoalan yang tersirat...
Perhatikan hubungan diri mu dengan Maha Pemberi Kelangsungan Denyut Nadi mu...
Perhatikan hubungan diri mu dengan penghubung tercantum benih hingga dirimu....

terdampar di dunia ini...

Perhatikan hubungan diri mu dengan sekeliling mu..
Mungkin kau rasa kau tahu.. Sebenarnya tidak...
Kau hanya menjumpai kejahilan demi kejahilan diri mu..
Semakin kau mencari dan menyelami diri.. Sehingga kau rasa bertapa sakitnya..
Ini adalah Ujian Tuhan...
Hingga bergetar dunia mu yang tersembunyi... Ingat... Apa pun terjadi.. Katakanlah Betapa aku gembira dengan ujian lalu...
Solat sebenar..benar solat..
Aku yakin ada bahagian Tuhan buatku... Baru ku tersedar mengapa ... Solatlah...solatlah..solatlah.. Sujudlah..sebenar-benar sujud..
Berdoalah.. sebenar-benar doa..
Taubatlah..sebenar-benar taubat.. Yakinlah sebenar-benar yakin.. Tawakallah.. sebenar-benar tawakal.. Bergantunglah..sebenar-benar pergantungan..
Lihatlah semangatmu untuk duniamu...
Berusahalah.. sebenar-benar usaha.. Zikirlah..sebenar-benar zikir... Hingga terlahir satu nikmat.. Hingga terdetik rasa yang tidak mampu dilafazkan... Demi destinasi sebenarmu...
Berdoalah agar pengakhiran cerita dunia fana ini
Mohonlah rahmat & kasih sayang dari Nya... Pasti terjawab segala persoalan dirimu.. Kerana aku dan kamu hanyalah. Musafir di bumi yang fana ini.. tetap dengan kalimah...
LAILLAHAILLALLAH....


Monday, 15 January 2018

Merobek Kenangan lalu

"Dah berjaya lalui, baru berani kongsi. Baru hentaman kata negatif dapat di positifkan".
Kami merobek kenangan hidup berumahtangga. Benarlah bila membina rumahtangga semuanya zero. Bermacam kejadian terjadi. Harus bagaimana hadapi? Sabarlah. Pujuklah hati. Yakin janjiNya.
Selalu mendengar "Allah menguji hamba Nya, kerana Allah tahu tahap kemampuan hamba Nya menyelesaikan ujian". Namun saat kami dipilih Dia melewati fasa ujian, hanya kami berdua rasai. Kami memujuk hati dengan berpesan "sabarlah diri. Allah itu pemilik nyawa ini. Kita tersalah buat pilihan. Kita tanggunglah. Kita selesaikanlah. Allah pasti tolong. Tiba saat yang tepat pasti ujian ini berjaya kita selesaikan".
Benar hidup ini ujian. Pelbagai bentuk ujian. Ku ingin kongsikan ujian yang manusia takut hadapi semestinya wang! Sering kita terdengar tiada wang rasa susahnya kehidupan. Secara logik akal kehidupan di dunia memerlukan wang. Belum lagi bicara keperluan wang untuk mati.
Yang belum merasa hidup diuji Allah dengan bentuk ditarik nikmat wang hingga hidup dikelilingi hutang. Beringatlah. Jangan membuang nikmat wang. Nanti Allah tetap tanya rezeki limpahan wang Dia beri kita buat apa?
Hidup kami dari tiada hutang, dibelenggu hutang kerana pilihan berniaga yang asalnya menguntungkan. Bila untung yang sedikit perasaan mahu lebih itu ada. Kata sepakat kami buat loan perniagaan. Bayaran bulanan hampir menyamai gaji suamiku. Masa depan itu rahsia bukan? Sampailah rasa pedihnya dunia perniagaan G**d. Sehingga wang gaji digunakan membayar hutang. Sewa rumah segala bil perlukan wang. Apapun syukur menanti gaji baru, masih berbaki wang dan cukup segala keperluan. Jika dikira memang tidak cukup. Siapa yang mencukupkan semestinya Dia.
Apa boleh buat. Benda dah berlaku. Hidup mesti diteruskan. Selesaikan. Berbaki wang simpanan yang ada. Dengan sedikit kemahiran. Dalam melunasi hutang, kemajuan teknologi harus dimanfaatkan. Jika dahulu mengira hutang hingga ke tua. Janji Dia benar bagi yang berusaha. Selepas mengguna apa yang tinggal. Berguru memperkemaskan kemahiran. Yakin dengan DIA. Doa seiring usaha. Dia menolong melunasi segala hutang piutang perniagaan bank. Malah Dia menghadiahkan pelbagai bentuk rezeki. Jika diikut logik akal mustahil. Inilah kebesaran Allah jika Dia berkehendak "kun".
Bila fikir Allah menarik satu nikmat untuk perbetulkan fikiran dan hati kita. Syukur sebelum diuji nikmat kewangan berada di fasa hidup penuh hutang. Allah uji bab kesihatan suami isteri. Hikmahnya Allah memupuk kasih sayang dan kesetiaan.
Dulu masa aku tiba-tiba sakit, tipu tidak berfikir macam drama TV. Jika suami berfikir aku pembawa ma*lang kehidupan dirinya. Pembawa be**n dirinya. Tipu tidak ada unsur luar yang cuba merosakkan ikatan suci. Ramai orang memikirkan bagaimana aku melalu fasa kel*p*r**. Syukur ku punyai emak ayah yang sangat mengerti. Syukur aku punyai ahli keluarga yang menyayangi. Syukur aku dianugerahi suami dan mertua yang baik hati budi. Syukur Allah kembalikan nikmat kesihatan dan nikmat makanku.
Hidup kembali berdua. Suami kembali direzekikan kerja baru. Sering ku kata pada suami sungguh Allah menyayangi aku. Diuji aku sakit lalu menarik nikmat pekerjaan suamiku menjadi penganggur. Jika aku sakit ditinggalkan dalam jagaan keluargaku kerana dia sibuk bekerja. Mungkin saat itu fikiran jahat dan hasutan luar peratusan aku memegang status J sangat tinggi. Sungguh Allah merencana dengan keindahan. Jika kira berfikiran sewajarnya. Jangan jadikan alasan ketiadaan nikmat rezeki untuk disakiti hati yang tiada siapa mahu merasa diuji begitu.
Inilah kehidupan. Tiba waktunya suamiku diuji Allah dengan ditarik nikmat kesihatan. Punca yang tiada punca dari logik perubatan sains. Asbab angkara manusia berseteru dengan makhluk terlaknat. Pesan yang arif usah berdendam kerana itu sifat syaitan. Ingatlah setiap yang terjadi itu atas izin Allah s.w.t. Memang kita nampak buruk nampak ketidakadilan Allah. Sebenarnya Allah itu Maha Adil. Manusia tersasar langkah membuat pilihan kehidupan. Adakah kami ingin memilih jalan yang sama. Hidup penuh prasangka. Hati menjadi hitam sedia hitam. Hikmah fasa ujian ini mengertilah kami siapa Pemilik Rezeki dan ujian. Kepada siapa harus kami pinta pertolongan. Cara apa yang terbaik untuk selesaikan ujian. Mengertilah kami ujian lalu itu bersangkutan tentang kasih sayang Tuhan. Tahulah kami ujian pada masa akan datang tetap ada. Bezanya bentuk ujian seterusnya. Selagi bernyawa selagi itulah teruji. Hanya kematian pemisah ujian kehidupan.
Tazkirah lalu cetek kefahaman. Jahil kehidupan tentang rezeki Allah itu luas ertinya. Rezeki kita ada dan tidak ada siapa yang mengambilnya. Jemputlah rezeki kita. Jika tiada di dunia, di akhirat sana pasti ada bagi orang yang bersabar dengan ujian Allah.
Dulu aku tidak mengerti. Perjalanan waktu aku mula mengerti sesuatu. Namun masih banyak aku tidak mengerti soal kehidupan dan ujian. Jauh di sudut hati masih wujud ketakutan Masa hadapan yang masih misteri. Syukur Allah hadirkan teman yang memperingkatkan tentang Dia. Mengingatkan akan kekasihnya. Mengingatkan jadikan dunia ini sebagai laluan ke sana lebih mudah. Syukur bila mana tersedar sungguh dunia ini telah bertakhta di hati.
Syukur di anugerahkan teman yang mengingatkan kikislah sifat kecintaan dunia dari hati. Selama ini kita bicara dunia hanya di tangan, akhirat di hati. Pesan sang teman jika benar akhirat itu kita tanam di hati, tidak akan tercuit lagi tersimpan sifat mazmumah kecintaan iblis. Pasti hidup kita taruhkan kecintaan dan kerinduan pada Allah 100% . Hakikatnya bila dicuit sifat marah kita mudah terserlah. Sifat ego kita mudah terserlah. Jika benar akhirat kita di hati. Jangan dilihat orang lain. Lihatlah diri kita. Saat azan berkumandang di mana kita berada? Apa manfaat kita pada saudara seagama kita di Syria dan Palestin. Apa manfaat kita pada mereka? Hidup kita kikislah dunia dari hati. Belajarlah kita perbaiki. Bukan sahaja dari percakapan mahupun penulisan. Lakukan dengan pembuktian kerana Allah bukan ingin menunjuk dan diiktiraf manusia.

Ya Allah! Ya Ghaffar! Ya Allah yang Maha Memberi Pengampunan ampunkan lah akan segala dosa kami. Kami jahil lagi hina. Kami lemah Ya Allah dengan bisikan nafsu duniawi kami ini. Ya Allah hidayahkan kami jalan yang lurus. Jadikan kematian kami kelak, kematian yang Engkau redha lagi cintai.

Sekian, terima kasih.
Syukur Ya Allah.
Alhamdulillah.


Latihan zikir menenangkan HATI

Syukurlah. Alhamdulillah. Tidak tahu ingin mencoret apa. Melainkan memujuk diri dengan keyakinan Allah menguji kerana nak memberi yang lebih baik.

Jika dahulu hidup menjauhi peringatan Allah. Sekadar membuat rutin wajib. Melupakan perkara sunat serta pahala tambahan. Seperti zikir. Saat teruji amarah lebih menggila. Lidah lebih mudah marah-marah. Hati lebih mudah prasangka.

Hari ini Allah menguji lagi. Aku sangat syukur kerana tiada lagi pertengkaran di ruang pejabat perniagaan kami suami isteri. Tenang muhasabah diri. Sedih memang sedih. Apapun syukurlah. Rasanya inilah hikmah latihan zikir niat untuk Allah sayang. Sebagai ibadah untuk Allah. Dengan harapan jika diuji Allah minta dikuatkan hati dan kehidupan menghadapi ujian. Dalam doa meminta kekuatan untuk menghadapi ujian Nya.

Sangat benar rezeki kita berkaitan diri kita. Apapun berlaku sabar. Sungguh aku bersyukur mengenali Formula Tarik Rezeki. Membuat tugasan zikir banyak membantu apa kami alami. Allah memberi ujian tanda sayang. Allah nak kita perbaik hidup kita agar kita sentiasa beringat untuk persediaan bekalan menuju akhirat.

Sesiapa nak dapatkan buku FTR boleh klik link terus ke wasap saya www.wasap/60166954760 lebih info tentang buku klik link  http://bit.ly/DiriMagnetRezeki

Di sini di lampirkan salah satu testimoni pelanggan. Ingat Ilmu harus di amalkan. Baru dirasai hasilnya. Cepat mahupun lambat bukat hitungannya. Yang penting kita berusaha untuk perbaiki amal kehidupan kita baik di dunia mahupun akhirat



Rezeki 2 Awak Yang membaca

Info pertanyaan :  www.wasap.my/60166954760/BukuRezeki Rahsia Asas Rezeki Ilmu kerahsiaan Asas Rezeki ramai orang tahu tapi bersikap t...