"Dah berjaya lalui, baru berani kongsi. Baru hentaman kata negatif dapat di positifkan".
Kami merobek kenangan hidup berumahtangga. Benarlah bila membina rumahtangga semuanya zero. Bermacam kejadian terjadi. Harus bagaimana hadapi? Sabarlah. Pujuklah hati. Yakin janjiNya.
Selalu mendengar "Allah menguji hamba Nya, kerana Allah tahu tahap kemampuan hamba Nya menyelesaikan ujian". Namun saat kami dipilih Dia melewati fasa ujian, hanya kami berdua rasai. Kami memujuk hati dengan berpesan "sabarlah diri. Allah itu pemilik nyawa ini. Kita tersalah buat pilihan. Kita tanggunglah. Kita selesaikanlah. Allah pasti tolong. Tiba saat yang tepat pasti ujian ini berjaya kita selesaikan".
Benar hidup ini ujian. Pelbagai bentuk ujian. Ku ingin kongsikan ujian yang manusia takut hadapi semestinya wang! Sering kita terdengar tiada wang rasa susahnya kehidupan. Secara logik akal kehidupan di dunia memerlukan wang. Belum lagi bicara keperluan wang untuk mati.
Yang belum merasa hidup diuji Allah dengan bentuk ditarik nikmat wang hingga hidup dikelilingi hutang. Beringatlah. Jangan membuang nikmat wang. Nanti Allah tetap tanya rezeki limpahan wang Dia beri kita buat apa?
Hidup kami dari tiada hutang, dibelenggu hutang kerana pilihan berniaga yang asalnya menguntungkan. Bila untung yang sedikit perasaan mahu lebih itu ada. Kata sepakat kami buat loan perniagaan. Bayaran bulanan hampir menyamai gaji suamiku. Masa depan itu rahsia bukan? Sampailah rasa pedihnya dunia perniagaan G**d. Sehingga wang gaji digunakan membayar hutang. Sewa rumah segala bil perlukan wang. Apapun syukur menanti gaji baru, masih berbaki wang dan cukup segala keperluan. Jika dikira memang tidak cukup. Siapa yang mencukupkan semestinya Dia.
Apa boleh buat. Benda dah berlaku. Hidup mesti diteruskan. Selesaikan. Berbaki wang simpanan yang ada. Dengan sedikit kemahiran. Dalam melunasi hutang, kemajuan teknologi harus dimanfaatkan. Jika dahulu mengira hutang hingga ke tua. Janji Dia benar bagi yang berusaha. Selepas mengguna apa yang tinggal. Berguru memperkemaskan kemahiran. Yakin dengan DIA. Doa seiring usaha. Dia menolong melunasi segala hutang piutang perniagaan bank. Malah Dia menghadiahkan pelbagai bentuk rezeki. Jika diikut logik akal mustahil. Inilah kebesaran Allah jika Dia berkehendak "kun".
Bila fikir Allah menarik satu nikmat untuk perbetulkan fikiran dan hati kita. Syukur sebelum diuji nikmat kewangan berada di fasa hidup penuh hutang. Allah uji bab kesihatan suami isteri. Hikmahnya Allah memupuk kasih sayang dan kesetiaan.
Dulu masa aku tiba-tiba sakit, tipu tidak berfikir macam drama TV. Jika suami berfikir aku pembawa ma*lang kehidupan dirinya. Pembawa be**n dirinya. Tipu tidak ada unsur luar yang cuba merosakkan ikatan suci. Ramai orang memikirkan bagaimana aku melalu fasa kel*p*r**. Syukur ku punyai emak ayah yang sangat mengerti. Syukur aku punyai ahli keluarga yang menyayangi. Syukur aku dianugerahi suami dan mertua yang baik hati budi. Syukur Allah kembalikan nikmat kesihatan dan nikmat makanku.
Hidup kembali berdua. Suami kembali direzekikan kerja baru. Sering ku kata pada suami sungguh Allah menyayangi aku. Diuji aku sakit lalu menarik nikmat pekerjaan suamiku menjadi penganggur. Jika aku sakit ditinggalkan dalam jagaan keluargaku kerana dia sibuk bekerja. Mungkin saat itu fikiran jahat dan hasutan luar peratusan aku memegang status J sangat tinggi. Sungguh Allah merencana dengan keindahan. Jika kira berfikiran sewajarnya. Jangan jadikan alasan ketiadaan nikmat rezeki untuk disakiti hati yang tiada siapa mahu merasa diuji begitu.
Inilah kehidupan. Tiba waktunya suamiku diuji Allah dengan ditarik nikmat kesihatan. Punca yang tiada punca dari logik perubatan sains. Asbab angkara manusia berseteru dengan makhluk terlaknat. Pesan yang arif usah berdendam kerana itu sifat syaitan. Ingatlah setiap yang terjadi itu atas izin Allah s.w.t. Memang kita nampak buruk nampak ketidakadilan Allah. Sebenarnya Allah itu Maha Adil. Manusia tersasar langkah membuat pilihan kehidupan. Adakah kami ingin memilih jalan yang sama. Hidup penuh prasangka. Hati menjadi hitam sedia hitam. Hikmah fasa ujian ini mengertilah kami siapa Pemilik Rezeki dan ujian. Kepada siapa harus kami pinta pertolongan. Cara apa yang terbaik untuk selesaikan ujian. Mengertilah kami ujian lalu itu bersangkutan tentang kasih sayang Tuhan. Tahulah kami ujian pada masa akan datang tetap ada. Bezanya bentuk ujian seterusnya. Selagi bernyawa selagi itulah teruji. Hanya kematian pemisah ujian kehidupan.
Tazkirah lalu cetek kefahaman. Jahil kehidupan tentang rezeki Allah itu luas ertinya. Rezeki kita ada dan tidak ada siapa yang mengambilnya. Jemputlah rezeki kita. Jika tiada di dunia, di akhirat sana pasti ada bagi orang yang bersabar dengan ujian Allah.
Dulu aku tidak mengerti. Perjalanan waktu aku mula mengerti sesuatu. Namun masih banyak aku tidak mengerti soal kehidupan dan ujian. Jauh di sudut hati masih wujud ketakutan Masa hadapan yang masih misteri. Syukur Allah hadirkan teman yang memperingkatkan tentang Dia. Mengingatkan akan kekasihnya. Mengingatkan jadikan dunia ini sebagai laluan ke sana lebih mudah. Syukur bila mana tersedar sungguh dunia ini telah bertakhta di hati.
Syukur di anugerahkan teman yang mengingatkan kikislah sifat kecintaan dunia dari hati. Selama ini kita bicara dunia hanya di tangan, akhirat di hati. Pesan sang teman jika benar akhirat itu kita tanam di hati, tidak akan tercuit lagi tersimpan sifat mazmumah kecintaan iblis. Pasti hidup kita taruhkan kecintaan dan kerinduan pada Allah 100% . Hakikatnya bila dicuit sifat marah kita mudah terserlah. Sifat ego kita mudah terserlah. Jika benar akhirat kita di hati. Jangan dilihat orang lain. Lihatlah diri kita. Saat azan berkumandang di mana kita berada? Apa manfaat kita pada saudara seagama kita di Syria dan Palestin. Apa manfaat kita pada mereka? Hidup kita kikislah dunia dari hati. Belajarlah kita perbaiki. Bukan sahaja dari percakapan mahupun penulisan. Lakukan dengan pembuktian kerana Allah bukan ingin menunjuk dan diiktiraf manusia.
Ya Allah! Ya Ghaffar! Ya Allah yang Maha Memberi Pengampunan ampunkan lah akan segala dosa kami. Kami jahil lagi hina. Kami lemah Ya Allah dengan bisikan nafsu duniawi kami ini. Ya Allah hidayahkan kami jalan yang lurus. Jadikan kematian kami kelak, kematian yang Engkau redha lagi cintai.
Ya Allah! Ya Ghaffar! Ya Allah yang Maha Memberi Pengampunan ampunkan lah akan segala dosa kami. Kami jahil lagi hina. Kami lemah Ya Allah dengan bisikan nafsu duniawi kami ini. Ya Allah hidayahkan kami jalan yang lurus. Jadikan kematian kami kelak, kematian yang Engkau redha lagi cintai.
Sekian, terima kasih.
Syukur Ya Allah.
Alhamdulillah.
Syukur Ya Allah.
Alhamdulillah.
