Sememangnya aku yang menulis....
Bila membaca kembali penulisan luahan rasa yang lalu.... akukah itu?
Itulah aku saat aku diuji cerita lalu....
Membaca tulisan lalu...
Ya Tuhannnn ampunkanlah aku....
TUESDAY, 9 AUGUST 2016
Musafir Yang Tersesat
Renungkanlah ke dalam diri mencari makna bagi setiap persoalan yang tersirat...
Perhatikan hubungan diri mu dengan Maha Pemberi Kelangsungan Denyut Nadi mu...
Perhatikan hubungan diri mu dengan penghubung tercantum benih hingga dirimu....
terdampar di dunia ini...
Perhatikan hubungan diri mu dengan sekeliling mu..
Mungkin kau rasa kau tahu..
Sebenarnya tidak...
Kau hanya menjumpai kejahilan demi kejahilan diri mu..
Semakin kau mencari dan menyelami diri..
Sehingga kau rasa bertapa sakitnya..
Ini adalah Ujian Tuhan...
Hingga bergetar dunia mu yang tersembunyi...
Ingat...
Apa pun terjadi..
Katakanlah Betapa aku gembira dengan ujian lalu...
Solat sebenar..benar solat..
Aku yakin ada bahagian Tuhan buatku...
Baru ku tersedar mengapa ...
Solatlah...solatlah..solatlah..
Sujudlah..sebenar-benar sujud..
Berdoalah.. sebenar-benar doa..
Taubatlah..sebenar-benar taubat..
Yakinlah sebenar-benar yakin..
Tawakallah.. sebenar-benar tawakal..
Bergantunglah..sebenar-benar pergantungan..
Lihatlah semangatmu untuk duniamu...
Berusahalah.. sebenar-benar usaha..
Zikirlah..sebenar-benar zikir...
Hingga terlahir satu nikmat..
Hingga terdetik rasa yang tidak mampu dilafazkan...
Demi destinasi sebenarmu...
Berdoalah agar pengakhiran cerita dunia fana ini
Mohonlah rahmat & kasih sayang dari Nya...
Pasti terjawab segala persoalan dirimu..
Kerana aku dan kamu hanyalah.
Musafir di bumi yang fana ini..
tetap dengan kalimah...
LAILLAHAILLALLAH....

