Sunday, 4 February 2018

Aku membaca kembali.....

Muhasabah laluku

TUESDAY, 11 OCTOBER 2016


Bila kita renungkan kembali kehidupan kita yang dulu kita sedar kini betapa Allah telah siapkan diri kita untuk kehidupan kita kini.. jika dulu kita tidak perlu bersusah-payah untuk berjuang hidup mungkin kita tidak sekuat kini.. Alhamdulillah... Sungguh !!! Sayang Allah pada hamba-hamba Nya mengatasi segalanya... <3 Jika kini kita merasakan diri sudah cukup kuat maka sesungguhnya kita hari ini sedang di bentuk untuk kehidupan kita yang akan datang... InsyaAllah. Allah lebih tahu.... (Inilah tinta dari sahabat yang Allah hantar untukku bagi menjawab persoalan demi persoalanku. Dahulu aku tidak mengerti. Tapi aku cuba berlapang dada & fikiran. Alhamdulillah kini Allah memberi aku sedikit kefahaman. Ku rasakan inilah pilihanku ingin kembara mencari diri. Sewaktu aku dalam di lema ingin teruskan kejar dunia dalam mengembangkan perniagaan kecil-kecilanku. Aku pilih ingin memulakan pencarianku dalam kembara hidupku.)



>>>>>>> Jika dahulu kita sering tertanya kenapa diuji begini & begitu. Senyumlah sebab di sebaliknya ada Tarbiah dari Allah. Berdoalah agar di beri kekuatan menghadapai setiap ujian dari Nya. Berdoalah agar diberi penyelesaian demi penyelesaian bagi setiap ujian yang hanya tamat bila perpisahan bernama kematian. >>>>>>> Benar kata mereka yang mendahulukan Allah dalam setiap perkara. Untuk merasai paksalah diri & jangan pernah henti DOA agar dikurniakan HIDAYAH dari Allah kerana HIDAYAH HANYA MILIK ALLAH dan terlalu MAHAL. Hanya orang terpilih di pilih Allah. Jadi jangan HAIRAN bila ada manusia yang dahulunya bergelumbang segala dosa & kejahatan, bila mendapat HIDAYAH lihatlah & rasailah bagaimana hamba Allah itu bercerita tentang nikmat Allah. >>>>>>> Buang rasa malu, mulakan kembara kehidupan di universiti ciptaan Allah yang sentiasa ada ujian setiap detik. Jangan malu mengaku katakan pada diri aku sedang menuntut di Universiti Bumi Allah sebelum aku berhijrah ke fasa mahupun level seterusnya iaitu ALAM BARZAKH. Sekat segala bicara makhluk. Teruskan kembara dalam pencarian CINTA AGUNG lagi SEJATI yang KEKAL ABADI iaitu CINTA ALLAH bukan cinta Makhluk




Saturday, 3 February 2018

Benarkah ini aku yang menulis...?

Sememangnya aku yang menulis....

Bila membaca kembali penulisan luahan rasa yang lalu.... akukah itu?
Itulah aku saat aku diuji cerita lalu....

Membaca tulisan lalu...
Ya Tuhannnn ampunkanlah aku....


TUESDAY, 9 AUGUST 2016

Musafir Yang Tersesat
Renungkanlah ke dalam diri mencari makna bagi setiap persoalan yang tersirat...
Perhatikan hubungan diri mu dengan Maha Pemberi Kelangsungan Denyut Nadi mu...
Perhatikan hubungan diri mu dengan penghubung tercantum benih hingga dirimu....

terdampar di dunia ini...

Perhatikan hubungan diri mu dengan sekeliling mu..
Mungkin kau rasa kau tahu.. Sebenarnya tidak...
Kau hanya menjumpai kejahilan demi kejahilan diri mu..
Semakin kau mencari dan menyelami diri.. Sehingga kau rasa bertapa sakitnya..
Ini adalah Ujian Tuhan...
Hingga bergetar dunia mu yang tersembunyi... Ingat... Apa pun terjadi.. Katakanlah Betapa aku gembira dengan ujian lalu...
Solat sebenar..benar solat..
Aku yakin ada bahagian Tuhan buatku... Baru ku tersedar mengapa ... Solatlah...solatlah..solatlah.. Sujudlah..sebenar-benar sujud..
Berdoalah.. sebenar-benar doa..
Taubatlah..sebenar-benar taubat.. Yakinlah sebenar-benar yakin.. Tawakallah.. sebenar-benar tawakal.. Bergantunglah..sebenar-benar pergantungan..
Lihatlah semangatmu untuk duniamu...
Berusahalah.. sebenar-benar usaha.. Zikirlah..sebenar-benar zikir... Hingga terlahir satu nikmat.. Hingga terdetik rasa yang tidak mampu dilafazkan... Demi destinasi sebenarmu...
Berdoalah agar pengakhiran cerita dunia fana ini
Mohonlah rahmat & kasih sayang dari Nya... Pasti terjawab segala persoalan dirimu.. Kerana aku dan kamu hanyalah. Musafir di bumi yang fana ini.. tetap dengan kalimah...
LAILLAHAILLALLAH....


Rezeki 2 Awak Yang membaca

Info pertanyaan :  www.wasap.my/60166954760/BukuRezeki Rahsia Asas Rezeki Ilmu kerahsiaan Asas Rezeki ramai orang tahu tapi bersikap t...