Monday, 15 January 2018

Merobek Kenangan lalu

"Dah berjaya lalui, baru berani kongsi. Baru hentaman kata negatif dapat di positifkan".
Kami merobek kenangan hidup berumahtangga. Benarlah bila membina rumahtangga semuanya zero. Bermacam kejadian terjadi. Harus bagaimana hadapi? Sabarlah. Pujuklah hati. Yakin janjiNya.
Selalu mendengar "Allah menguji hamba Nya, kerana Allah tahu tahap kemampuan hamba Nya menyelesaikan ujian". Namun saat kami dipilih Dia melewati fasa ujian, hanya kami berdua rasai. Kami memujuk hati dengan berpesan "sabarlah diri. Allah itu pemilik nyawa ini. Kita tersalah buat pilihan. Kita tanggunglah. Kita selesaikanlah. Allah pasti tolong. Tiba saat yang tepat pasti ujian ini berjaya kita selesaikan".
Benar hidup ini ujian. Pelbagai bentuk ujian. Ku ingin kongsikan ujian yang manusia takut hadapi semestinya wang! Sering kita terdengar tiada wang rasa susahnya kehidupan. Secara logik akal kehidupan di dunia memerlukan wang. Belum lagi bicara keperluan wang untuk mati.
Yang belum merasa hidup diuji Allah dengan bentuk ditarik nikmat wang hingga hidup dikelilingi hutang. Beringatlah. Jangan membuang nikmat wang. Nanti Allah tetap tanya rezeki limpahan wang Dia beri kita buat apa?
Hidup kami dari tiada hutang, dibelenggu hutang kerana pilihan berniaga yang asalnya menguntungkan. Bila untung yang sedikit perasaan mahu lebih itu ada. Kata sepakat kami buat loan perniagaan. Bayaran bulanan hampir menyamai gaji suamiku. Masa depan itu rahsia bukan? Sampailah rasa pedihnya dunia perniagaan G**d. Sehingga wang gaji digunakan membayar hutang. Sewa rumah segala bil perlukan wang. Apapun syukur menanti gaji baru, masih berbaki wang dan cukup segala keperluan. Jika dikira memang tidak cukup. Siapa yang mencukupkan semestinya Dia.
Apa boleh buat. Benda dah berlaku. Hidup mesti diteruskan. Selesaikan. Berbaki wang simpanan yang ada. Dengan sedikit kemahiran. Dalam melunasi hutang, kemajuan teknologi harus dimanfaatkan. Jika dahulu mengira hutang hingga ke tua. Janji Dia benar bagi yang berusaha. Selepas mengguna apa yang tinggal. Berguru memperkemaskan kemahiran. Yakin dengan DIA. Doa seiring usaha. Dia menolong melunasi segala hutang piutang perniagaan bank. Malah Dia menghadiahkan pelbagai bentuk rezeki. Jika diikut logik akal mustahil. Inilah kebesaran Allah jika Dia berkehendak "kun".
Bila fikir Allah menarik satu nikmat untuk perbetulkan fikiran dan hati kita. Syukur sebelum diuji nikmat kewangan berada di fasa hidup penuh hutang. Allah uji bab kesihatan suami isteri. Hikmahnya Allah memupuk kasih sayang dan kesetiaan.
Dulu masa aku tiba-tiba sakit, tipu tidak berfikir macam drama TV. Jika suami berfikir aku pembawa ma*lang kehidupan dirinya. Pembawa be**n dirinya. Tipu tidak ada unsur luar yang cuba merosakkan ikatan suci. Ramai orang memikirkan bagaimana aku melalu fasa kel*p*r**. Syukur ku punyai emak ayah yang sangat mengerti. Syukur aku punyai ahli keluarga yang menyayangi. Syukur aku dianugerahi suami dan mertua yang baik hati budi. Syukur Allah kembalikan nikmat kesihatan dan nikmat makanku.
Hidup kembali berdua. Suami kembali direzekikan kerja baru. Sering ku kata pada suami sungguh Allah menyayangi aku. Diuji aku sakit lalu menarik nikmat pekerjaan suamiku menjadi penganggur. Jika aku sakit ditinggalkan dalam jagaan keluargaku kerana dia sibuk bekerja. Mungkin saat itu fikiran jahat dan hasutan luar peratusan aku memegang status J sangat tinggi. Sungguh Allah merencana dengan keindahan. Jika kira berfikiran sewajarnya. Jangan jadikan alasan ketiadaan nikmat rezeki untuk disakiti hati yang tiada siapa mahu merasa diuji begitu.
Inilah kehidupan. Tiba waktunya suamiku diuji Allah dengan ditarik nikmat kesihatan. Punca yang tiada punca dari logik perubatan sains. Asbab angkara manusia berseteru dengan makhluk terlaknat. Pesan yang arif usah berdendam kerana itu sifat syaitan. Ingatlah setiap yang terjadi itu atas izin Allah s.w.t. Memang kita nampak buruk nampak ketidakadilan Allah. Sebenarnya Allah itu Maha Adil. Manusia tersasar langkah membuat pilihan kehidupan. Adakah kami ingin memilih jalan yang sama. Hidup penuh prasangka. Hati menjadi hitam sedia hitam. Hikmah fasa ujian ini mengertilah kami siapa Pemilik Rezeki dan ujian. Kepada siapa harus kami pinta pertolongan. Cara apa yang terbaik untuk selesaikan ujian. Mengertilah kami ujian lalu itu bersangkutan tentang kasih sayang Tuhan. Tahulah kami ujian pada masa akan datang tetap ada. Bezanya bentuk ujian seterusnya. Selagi bernyawa selagi itulah teruji. Hanya kematian pemisah ujian kehidupan.
Tazkirah lalu cetek kefahaman. Jahil kehidupan tentang rezeki Allah itu luas ertinya. Rezeki kita ada dan tidak ada siapa yang mengambilnya. Jemputlah rezeki kita. Jika tiada di dunia, di akhirat sana pasti ada bagi orang yang bersabar dengan ujian Allah.
Dulu aku tidak mengerti. Perjalanan waktu aku mula mengerti sesuatu. Namun masih banyak aku tidak mengerti soal kehidupan dan ujian. Jauh di sudut hati masih wujud ketakutan Masa hadapan yang masih misteri. Syukur Allah hadirkan teman yang memperingkatkan tentang Dia. Mengingatkan akan kekasihnya. Mengingatkan jadikan dunia ini sebagai laluan ke sana lebih mudah. Syukur bila mana tersedar sungguh dunia ini telah bertakhta di hati.
Syukur di anugerahkan teman yang mengingatkan kikislah sifat kecintaan dunia dari hati. Selama ini kita bicara dunia hanya di tangan, akhirat di hati. Pesan sang teman jika benar akhirat itu kita tanam di hati, tidak akan tercuit lagi tersimpan sifat mazmumah kecintaan iblis. Pasti hidup kita taruhkan kecintaan dan kerinduan pada Allah 100% . Hakikatnya bila dicuit sifat marah kita mudah terserlah. Sifat ego kita mudah terserlah. Jika benar akhirat kita di hati. Jangan dilihat orang lain. Lihatlah diri kita. Saat azan berkumandang di mana kita berada? Apa manfaat kita pada saudara seagama kita di Syria dan Palestin. Apa manfaat kita pada mereka? Hidup kita kikislah dunia dari hati. Belajarlah kita perbaiki. Bukan sahaja dari percakapan mahupun penulisan. Lakukan dengan pembuktian kerana Allah bukan ingin menunjuk dan diiktiraf manusia.

Ya Allah! Ya Ghaffar! Ya Allah yang Maha Memberi Pengampunan ampunkan lah akan segala dosa kami. Kami jahil lagi hina. Kami lemah Ya Allah dengan bisikan nafsu duniawi kami ini. Ya Allah hidayahkan kami jalan yang lurus. Jadikan kematian kami kelak, kematian yang Engkau redha lagi cintai.

Sekian, terima kasih.
Syukur Ya Allah.
Alhamdulillah.


Latihan zikir menenangkan HATI

Syukurlah. Alhamdulillah. Tidak tahu ingin mencoret apa. Melainkan memujuk diri dengan keyakinan Allah menguji kerana nak memberi yang lebih baik.

Jika dahulu hidup menjauhi peringatan Allah. Sekadar membuat rutin wajib. Melupakan perkara sunat serta pahala tambahan. Seperti zikir. Saat teruji amarah lebih menggila. Lidah lebih mudah marah-marah. Hati lebih mudah prasangka.

Hari ini Allah menguji lagi. Aku sangat syukur kerana tiada lagi pertengkaran di ruang pejabat perniagaan kami suami isteri. Tenang muhasabah diri. Sedih memang sedih. Apapun syukurlah. Rasanya inilah hikmah latihan zikir niat untuk Allah sayang. Sebagai ibadah untuk Allah. Dengan harapan jika diuji Allah minta dikuatkan hati dan kehidupan menghadapi ujian. Dalam doa meminta kekuatan untuk menghadapi ujian Nya.

Sangat benar rezeki kita berkaitan diri kita. Apapun berlaku sabar. Sungguh aku bersyukur mengenali Formula Tarik Rezeki. Membuat tugasan zikir banyak membantu apa kami alami. Allah memberi ujian tanda sayang. Allah nak kita perbaik hidup kita agar kita sentiasa beringat untuk persediaan bekalan menuju akhirat.

Sesiapa nak dapatkan buku FTR boleh klik link terus ke wasap saya www.wasap/60166954760 lebih info tentang buku klik link  http://bit.ly/DiriMagnetRezeki

Di sini di lampirkan salah satu testimoni pelanggan. Ingat Ilmu harus di amalkan. Baru dirasai hasilnya. Cepat mahupun lambat bukat hitungannya. Yang penting kita berusaha untuk perbaiki amal kehidupan kita baik di dunia mahupun akhirat



Thursday, 4 January 2018

Nasi Goreng Kampung (NGK)

Dua hari berturut makan malam NGK. Bukan bagi panas tau. Masak lain la. Macam pergi kedai lain-lain tapi order menu yang sama.

Kejadiannya bolehlah klik link ni NGK


Resepi Mudah sangat!!!

Kapasiti makan untuk 2 orang sahaja.

Bahan-bahan:-
2 mangkuk nasi sejuk
7 ulas bawang putih + sedikit ikan bilis + 4 biji cili padi (nak extra pedas terpulang) + sedikit belacan . DITUMBUK lumat.
1/2 biji bawang besar di hiris.
2 biji telur
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Garam dan gula sebagai perasa
Sayur hiasan (kubis, carrot)
Minyak untuk memasak
Segenggam ikan bilis dah siap goreng

Cara-caranya:-
1) Tumis bawang besar yang di hiris sebentar.
2) Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk. Goreng sampai naik bau.
3) Kemudian pecahkan 2 biji telur. Kacau jangan hancur sangat. Cantik-cantik ja hancur. 
4) Masukkan sos tiram dan sos.
5) Masukkan Nasi sekali sayur hiasan.

Gaul rata. Perasakan dengan garam. Nak tambah gula pun ok. Nak guna aji pun ok.
Dah siap masukkan ikan bilis siap goreng.

Hiaslah bagi naik selera makan. Meskipun masakan kita biasa sahaja. Hiasan kadang-kadang membangkitkan selera makan kita,


Menulis untuk hati???

Wow! menarik tajuk bukan.
Menulis untuk hati... terjatuh ke hatiii...
Belum melihat rupa paras.... apatah lagi akhlaknya....
Adududuiii... jangan patah hatiiii...
Fattah Amin dah jadi imam Fatzura....
Ala.... gurau pun... tak boleh ke..... hihahahaa...

Yang menulis ini juga sudah ada imamnya jalan menuju syurga....

Ok.... ana serious....
Ana suka membaca. Antaranya penulisan Ustaz Pahrol. Tentang hati. Sangat banyak buat ana terfikir soal hati? Hati yang 'mati' sebelum kita benar-benar akan MATI!!!!
Hidupkan HATI untuk CINTAKAN ILLAHI....

Maka itu, ana rasa nak menulis diari tinta blog ana... ana menulis kerana DIA.. Ana syorkan awak semua dapatkan buku-buku ilmiah sebagai makanan 'jiwa' kita yang dah lama lapar. Ana banyak koleksi buku-buku ilmiah. Suami ana bilang, nanti kita buat mini library dekat rumah. Bila usia makin tua, bolehlah habiskan waktu dengan buku-buku. Ana kena tulis juga (AL-QURAN) jangan lupa baca. Itu KALAMULLAH. Bukan apa kalau tak tulis nanti netizen akan peringatkan lebih baik baca Al-Quran. Terima kasih netizen yang perihatin.

Antara koleksi ana. Nak miliki semua ana bukannya mampu. Hihihi... Lama dah ana beli. 2017. Rasanya buku Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ana ada 5 buah. Suami ana belikan. Suami ana tahu ana sunyi. Sebab kami dah kahwin 6 tahun, syukur masih belum dikurniakan zuriat. Awak jangan fikir 'syukur' tidak memiliki zuriat. Ada zuriat ataupun ada zuriat kita tetap kena bersyukur. Sebab kita masih ada umur untuk berTAUBAT. Syukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang dan hargailah sebelum ianya hilang.

 

Hari ke-4 dalam 365 untuk tahun 2018.

Aku menulis 1001 ???

Sebenarnya aku ada blog. Blog seorang usahawan online.  Aku juga  ada blog menulis luahan hati a.k.a DIARI. Banyak dah post. Cuma ‘main blog’ aku segan nak orang kenal aku sebab suami aku yang baca pun boleh tercakap “apa hal la nama begitu aku pilih! Macam tiada nama lain”. Hahaha… berbeza sungguh gaya tulisan dengan perangai aku. Huwaaa….

Kali ini aku menulis 1001??? Kebetulan tahun 2018, aku nak kongsi yang santai dan ringan-ringan sahaja. Tak memberatkan otak orang yang membaca. Kihh…Kihh…Kih

Indahnya hidup berimaginasikan ???
Syiokkan! Melihat drama tempatan mahupun luar. Syiok bila yang dipamerkan tentang kasih sayang tanpa derita. Kemewahan tanpa kesengsaraan. Andai hidup ini seindah layar televisyen, pasti penamatan ceritanya penuh bahagia. Hakikatnya hidup ini bukan satu fantasi seperti layar perak. Hakikat kehidupan ini PILIHAN kita mencorak bahagia cara kita sendiri.


Maafkan Nur@Baz !!!

Saya a.ka. orang Arab panggil ANA. Ana menulis 1001 ??? tiada kaitan mahupun nak menembak mana-mana pihak. Ana menulis blog ini kira diari mahupun catatan untuk ana sendiri. Rujukan ana sendiri atau sesiapa yang membaca rasa bermanfaat.  Apa yang ana tulis dalam blog ini merupakan apa yang ana rasa dan fikir nak kongsi dan  tulis. Apapun ana hulurkan 1001 jutaan kemaafan jika ada kesilapan dalam tulisan ana. Ana bukan manusia sempurna. Sampai bila pun takkan sempurna. Awak terfikir “maafkan Nur@Baz!!!”. Hehe… itu kira nama pangkal glamour ana. Ana tiada asas berbahasa Arab. Sengaja nak berbahasakan diri ‘ana’.
Asar pun sudah masuk. Kita tamat di sini ok!

Salam sayang dari ana.



04/01/2018

Rezeki 2 Awak Yang membaca

Info pertanyaan :  www.wasap.my/60166954760/BukuRezeki Rahsia Asas Rezeki Ilmu kerahsiaan Asas Rezeki ramai orang tahu tapi bersikap t...