Kejadiannya bolehlah klik link ni NGK
Resepi Mudah sangat!!!
Kapasiti makan untuk 2 orang sahaja.
Bahan-bahan:-
2 mangkuk nasi sejuk
7 ulas bawang putih + sedikit ikan bilis + 4 biji cili padi (nak extra pedas terpulang) + sedikit belacan . DITUMBUK lumat.
1/2 biji bawang besar di hiris.
2 biji telur
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Garam dan gula sebagai perasa
Sayur hiasan (kubis, carrot)
Minyak untuk memasak
Segenggam ikan bilis dah siap goreng
Cara-caranya:-
1) Tumis bawang besar yang di hiris sebentar.
2) Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk. Goreng sampai naik bau.
3) Kemudian pecahkan 2 biji telur. Kacau jangan hancur sangat. Cantik-cantik ja hancur.
4) Masukkan sos tiram dan sos.
5) Masukkan Nasi sekali sayur hiasan.
Gaul rata. Perasakan dengan garam. Nak tambah gula pun ok. Nak guna aji pun ok.
Dah siap masukkan ikan bilis siap goreng.
Hiaslah bagi naik selera makan. Meskipun masakan kita biasa sahaja. Hiasan kadang-kadang membangkitkan selera makan kita,
